Sunday, January 24, 2016

Rahsia Garlic Pil

** KHASIAT DAN KEBAIKAN PIL BAWANG PUTIH (GARLIC)

~ Mengurangkan Berat Badan
~ Merendahkan tahap gula
~ Menyelaraskan Insulin dalam badan
~ Membantu Penghadaman
~ Menyingkirkan toksid
~ Membasmi Kuman
~ Menurunkan lemak badan
~ Diperkaya dengan 33 jenis Sulfida dan 17 Asid Amino untuk keperluan badan
~ Membekalkan kolesterol baik (HDL)
~ Menurunkan kolesterol tidak baik (LDL)



Khasiat Mineral Coffee

KHASIAT MINERAL COFFEE
  ========================
~ Anti Penuaan
~ Mengenyangkan - Membantu diet harian
~ Dapat meneutralkan asid dalam badan
~ Bersifat Anti-Oksidan yang mampu melawan sel Kanser
~ Mencegah komplikasi Kencing Manis --> NO SUGAR added
~ Menstabilkan Tekanan Darah
~ Mencegah Gastrik
~ Mengubati Asma
~ Mencegah migrain
~ Memberi kesegaran dan tenaga sepanjang hari
~ Merendahkan risiko Sakit Jantung
~ Kaya dengan Mineral yang diperlukan oleh badan

Boleh PM saya untuk lebih info:
012 7880431

Happy weekend

Hi sayang sayang semua.kembali bersiaran selepas lama menyepi kan diri.

Cuti hujung minggu yang panjang.seronok lah dapat lebih masa untuk anak anak dan suami.mood rajin pun datang la pulak.

Jengah FB cari resepi yang kak aini rasa boleh buat.akhirnya kak aini mencuba kek koko horlick resepi asal dari FB Seharum kasih bonda KC.

Yang penting sekali minum petang sambil layan Mineral Coffee yang banyak sangat khasiat dan kelebihannya.Semestinya pilihan kak aini.

Ok..jom kita jengah resepinya

Bahan
250gm butter.kak aini pkai marjerin pelangi je
5 biji telur A
1 cawan gula
1/2 susu pekat
esen vanila
1/2 cawan Horlick
3 sdb tapi kak aini bubuh 1/2 cawan..kalau tak suka coklat boleh kurangkan
1 cawan tepung gandum  (resepi asal 1/2 cawan) ayak
Baking powder ni kak aini tambah

Cara
Pukul butter dan gula hingga berkrim.
Masuk telur satu persatu
Masuk susu dan esen vanila
Masuk tepung  dan baking powder
Bahagi dua.satu letak horlick dan satu bahagian lagi letak koko.
Kukus selapis demi selapis sehingga habis.

Thursday, January 14, 2016

Percutian Terhebat Penutup 2015

Assalamualaikum.

Lama dah tak update entri disini.Bukan apa,kekangan masa membataskan kak aini untuk menulis. Tapi insya Allah, lepas ni kak aini akan cuba untuk curi-curi masa menulis disini.

Kali ni kak aini nak update pasal trip singkat kak aini dan keluarga ke Pulau Pangkor. Memang seronok.Bukan selalu dapat bercuti macam ni.

Trip ni tak ada pun dalam plan.Just go n fun je. Kami pergi pada cuti krimas yang lepas. Dari Jeti Lumut naik feri ke Pangkor.Tiket RM10.00 aje untuk return tiket.Kira ok laa kan.

Sampai kat Pangkor kita sewa motor je laa. Baru trill kan.Tapi disebabkan peak season, harga sewa jadi Rm60.00 sebuah.Kak aini sewa 2 buah motor. Hotel dah tempah dulu dekat Agoda.Hotel kitaorang dekat Teluk Nipah. Untuk semalam tanpa sarapan..RM200 dan tambah lagi RM20.00 untuk extra tilam. Agak mahal deerrrrr.

Apa lagi ya...hmmmm..petang tu kita lepak2 kat pantai.Then sewa bot laju pusing pulau.Harga bot RM50.00 untuk kami berempat. Boleh laa.Tapi yang ada sakit sikit bab makan.Punyalah mahal.ke kak aini jee yang berkira.Dua pinggan mee teow dengan air teh O ais RM21.00.Adoiii. Lagi..apa ek.ok laa.stop sini dulu.Ada masa update lagi ya.....Byeeeee

Monday, October 5, 2015

Salam Suai Kenal

Diam tak diam akhirnya kita berjaya untuk bina blog sendiri.Dah lama sangat pasang impian dan angan-angan...akhirnya kita berjaya jugak....yeyyyy!. 1 bintang untuk diri sendiri..yang lagi banyak-banyak bintang tu simpan dulu..tunggu bila dah semakin pandai..baru boleh bagi berbintang-bintang...hehehe

Tujuan nak bina blog...nak jadikan macam dairi kecil la kot...untuk anak-anak yang sangat mama sayang...mana tau bila mama dah tiada lagi...ada juga coretan yg boleh dijadikan peneman...teman kalis rindu.

Nak tulis apa lagi ya...hurmmm...ala..idea dah hilang...ok..nanti kita sembang lagi ya.